Description
"Maaf kalau tidak sesuai di sini. Izinkan saya menumpang sekejap sahaja.
"Dunia ini majoritinya terdiri daripada benda-benda visual. Jadi kalau kau tidak dapat melihat benda-benda visual ini, biasanya kau pasti dibuang and excluded dari komuniti. Kalau dapat include pun, kau akan dianggap beban sebab perlu bantuan orang lain untuk cover kebutaan kau.".
Bagi saya pancing, ajar saya memancing ikan, jangan suap saya ikan.
Saya totally blind. Pelajar buta sepenuhnya di UIAM.
Banyak benda saya hendak buat tetapi sebab saya blind, maka saya terhalang untuk buat benda itu. Tetapi hakikatnya itu bukan problem, sebab kalau diberi latihan yang cukup dan betul, saya boleh sahaja lakukan. Buktinya, saya boleh pergi kelas sendiri, alone, seorang, lepas ada orang jalan sekali bersama-sama explore landmarks (macam mana hendak tahu kelas ini pintu nombor berapa) contohnya.
Saya hendak cari orang untuk sama-sama explore dengan saya. Kadang-kadang ada banyak tempat pula kena pergi. Semester ini ada kelas untuk Usrah in Action yang tidak tahu lagi di mana, kelas Family Management yang juga belum tahu di mana, dan tempat-tempat lain akan datang. Dan banyak lagi tempat-tempat di UIA yang saya hendak belajar jalan. Supaya kalau tiada orang yang boleh tolong, macam sejak beberapa minggu ini, saya boleh pergi sendiri.
Selain jalan, baca bahan-bahan untuk assignment, tolong tengokkan kekemasan kerja saya dan komen hasil kerja saya dari apa yang nampak, mana yang perlu dikemaskan. Contoh: font size tidak seragam di page 1 dan page 3. Benda-benda simple yang pakai mata boleh nampak. Sebab tengah ambil FYP.
Kenapa tidak minta sahaja strangers mana-mana yang terjumpa? As brother, agak susah. Ada satu masa, masa saya jalan bawa makanan minuman keluar cafe, saya terdengar bros siap bincang lagi cari khilaf🤣 bila nampak saya: "Eh kau pergilah tolong budak buta itu." "Eh aku tidak tahu cara, kaulah pergi"... So saya tidak akan berharap sangat pada orang-orang walau dia janji kami akan tolong apa semua. Lagipun kadang-kadang masing-masing sibuk macam sekarang. Jadi saya perlu cara sustainable, saya belajar sendiri the way supaya ada orang ke tiada orang ke saya boleh survive. Penatlah asyik mengemis dengan orang sahaja hari-hari tetapi tiada respon pun.
Thus, kalau ada yang berminat hendak pinjamkan mata untuk bantu bina asas-asas supaya saya boleh berdikari, sila contact dengan scan qr di poster itu, atau tekan sini
https://wa.me/60103196985
Maklumkan anda berminat. Moga saya dapat membalas jasa kepada semua yang membantu ini.
And mohon doakan saya berjumpa cepat dengan the "jodoh" so lepas ini ada mata yang halal tidak perlu mengemis mata orang sana sini, forever....
Terima kasih bagi tumpang sekejap meluah. Maaf menumpang."