Listed on Jun 25, 03:30PM / 2021 | 1 likes
BUKU AKTIVITI AWAL SAINS PRASEKOLAH
Buku latihan ini ditulis bagi membantu kanak-kanak menguji kefahaman mereka terhadap kemahiran proses awal sains bagi setiap topik yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Buku ini sesuai digunakan oleh kanak-kanak seawal usia 4-6 tahun.
Antara tunjang utama yang telah digariskan dalam pembentukan modal insan yang seimbang ialah, penekanan terhadap pengetahuan sains, kemahiran & sikap saintifik. Terdapat 6 kemahiran proses sains yang dicadangkan termasuk:
✅ Memerhati
✅ Mengelas
✅ Membuat inferens
✅ Mengukur
✅ Meramal
✅ Komunikasi
Kesemua kemahiran ini boleh dikuasai oleh kanak-kanak menerusi aktiviti penyiasatan melalui topik-topik yang dicadangkan dalam KSPK aktiviti awal sains yang di dalamnya terkandung kemahiran proses sains sekaligus memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melihat dunia di sekeliling mereka, membangkitkan perasaan ingin tahu & meneroka fenomena.
Di dalam buku ini juga terdapat bonus video kemahiran proses sains & lebih daripada 60 latihan untuk menguji kefahaman pendidikan sains awal kanak-kanak prasekolah.
Jumlah muka surat : 102 m/s
Saiz : A4
Harga : RM29.00
https://wassap.my/601121124534/BukuAktivitiAwalSains
Price | RM 29 |
Category | Books & Stationaries |
Sub-Category | Books |
Location | All Campus |
Share this ad |